September 29, 2008

syukur ya Allah..

Posted in diary, personal at 8:17 pm by bello

aku sangat bersyukur ya allah..sangat..terima kasih ya allah..walaupun agak pahit pada mulanye, tp kau mudahkan urusanku..terima kasih..

~~hambamu yg mengharapkan redha dan maghfirah dariMu…~~

Advertisements

September 28, 2008

susahke nak bertudung?

Posted in tazkirah at 10:45 am by bello

Pulang je dari jamiah, aku on kan laptop, sambil check2 email hari ni..

“bosan..balik2 yahoo group notification..”-detik hatiku..

tiba2 adala satu email ni, cambest je..aku pn bace la..n now, i wanna share it with you guys..

artikel ni dipetik dari http://www.perjalananjauh.wordpress.com, harap sume dpt manfaatkan apa yg diperkatakan. sebarkan kerja baik ni 🙂

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Agak sukar untuk kami bicarakan, kerana kami adalah lelaki.

Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian.

Akan tetapi kami ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Usah dimaki hamun sudah.

Kami mendapat e-mail daripada rakan yang meminta pendapat. Tulisannya begini.

‘pe pendapat ko klo orang kte ‘wat pe pki tudung klo hati x ikhlas’ n ‘yg pi tudung bukanya bek pon’

Huhu, ayat terakhir itu, kami amat tak suka. Namun tidak mengapa, kami cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.

Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, kami suka untuk merujuk sebuar artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya kami. Artikel ini bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim tidak Suka Berhijab’ oleh Dr. Huwaydaa Ismaeel. Kami ambil sedikit sahaja.

Sebab Pertama : Saya tidak yakin lagi dengan apa perlunya berhijab( bertudung).

Pernahkah dengar sebab yang ini? Kami pernah dengar.” Tudung? What the H you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Eh makk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha” Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.

Betulkah beliau belum yakin?

Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau talah meyakini aqidah. Muhmmad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.

Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?

Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja?

Itu bukannya yakin, yang itu, ” Bengong.” Kata- kata Ustaz Mustafa Dolah,bekas pengetua SMKA Pedas.

Allah berfirman:

Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata,” Kami dengar dan kami taat.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)

Sebab kedua: Saya nak pakai tudung nie, tapi mak saya tak berapa nak bagilah. Bukankah mentaati ibu bapa itu wajib?

Pernah Tipah cakap benda ni pada kami, ” Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah.” Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.

Tapi Tipah Allah berfirman:

Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa’ , 4:36)

Allah fiman lagi Tipah:

Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)

Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?

Oh Tipah, jangan tertipu lagi.

Sebab ketiga: Kedudukan dan pekerjaan saya tak mengizinkan saya untuk bertudunglah.

” Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer.” Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.

Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.

Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.

Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:

Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)

Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.

Sebab keempat:Panaslah Malaysia nie, susah nak bertudung.

Mila pernah hamburkan ayat ni. ” Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe.” Mila tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum .

” Neraka lagi panas.” Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila. Muka nak nangis. ” Ambik kau” Dalam hati kami, sekadar berbisik.

Allah berfirman:

Katakanlah ” api neraka jahannam lebih panas “,jika mereka mengetahui ( At-taubah,9:81)

Sebab kelima: Takutlah kalau pakai hijab tak ikhlas nak buat apa, nanti akhirnya buka juga. Ramai dah jadi macam tu.

Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.

” Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas.”

” Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah..”

Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.

Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap teguh) dalam agama ini? Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun terasa kita akan jadi begitu.

Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong daripadanya dengan sabar dan solat. Bukannya minta pada pakwa, bukan juga pada yang lain. Hanya pada Allah. Lindungi daripada sifat sekejap-sekejap.

Sebab Keenam: Saya akan bertudung apabila Allah memberi saya hidayah nanti.

” Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy.” Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat mecamana, kawan-kawankan.

” tapikan maut tu sentiasa hampir?” Kami bertanya.

” Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda kagi tau. Sihat, tubuh solid molod lagi. Jangan nak sebut-sebut mati.” Marah pula kakak ni.

” Ha, tahu pula takut.” Kami mengejek.

” Bukan takut, just ngeri.”

Allah berfirman:

Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al –A’raf, 7:34 )

Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.

Kami beritahu je.

Ada lagi alasan?

Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

” Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga.” Huh ada juga yang membantah ye.

” Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya.” Kata Ustaz Ali Tantawi.

Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah hbicara. Hanya pendapat dan pandangan peribadi.

Syurga atau neraka?

Yang mana anda pilih?

Terserahlah kepada anda.

braces oh braces..

Posted in diary at 4:44 am by bello

I’ve decided to put on braces. Hehe. Surprised? No kidding, i’m serious~!

My teeth aren’t so neatly arranged. That’s the main reason why i want to put on braces. For some other reason, i just simply want to experience putting on braces on myself before i put on braces on someone else 😀

Impression was done last thursday. The dentist told me that i might be wearing braces for only one or two years only. I don’t mind, as long as i’m not yet graduated. Coz i don’t want to come back home(Malaysia of course) with the braces on.

I’ve done my panorama x-ray..and tomorrow there’ll be another appointment with the dentist. insya allah, during the second or third week of raya, the braces will be on 😀 (raya nk makan2, nnt sakit org kate hehe)

September 18, 2008

this is the beginning..

Posted in diary at 8:00 pm by bello

so far..it seems like it has been about three weeks i’m here-in Jordan. And i’ve just started my classes and lectures by last week..

lectures are fine, and the doctors are great! Most of them are very good.btw their english are so well spoken, strong qalqalah which sometimes make me blurr..haha..but  I love their determination when giving lectures and they are very helpful as they know that we (the Malaysians) are not so mashi (okay) with Arabic. And the funny thing that happened during Arabic lab was that, we spoke in ammiyah(informal Arabic) but the Dr Fatimah talked in fushah-and she wanted us to talk in fushah (man, i’m kinda lost the vocab in fushah) aiwah~ haha

for now, i have no address (as here they don’t have address )..so if you guys wanna send me any letters or parcel, you can do that by sending it to the MSD (Malaysian student department) in Amman..or easier, you can just send it to my p.o box at JUST (but unfortunately i have NO po box yet) wait..istanna shuai.. :p

just now, i went to the balad (kinda town)..bought an abaya (jubah)..that lady who was selling was really really reallllllyyy friendly (yeah i know she’s trying to ampu2 us..) her name was jamilah but she said that she doesn’t like her name, she love the name laila (my little adik angkat, lol).. then we talked and talked and talked..suddenly she asked me about the food that masyhurah (masyhur) in Malaysia, without no longer thinking i said nasik lemak (man..i reaaaally miss and want that!)..i told her that it is rice, with baid makli (fried egg) and filfil (chilly) actually i wanted to said sambal but she doesn’t understand, so i said filfil..dont know how she imagined nasi lemak..sorry Malaysian! For telling that lady an unimaginable things about nasi lemak..sorry L

i’m managing myself to mix with the locals, but it seems like kinda hard coz the Malaysian always stay with Malaysian itself.. but no worry, coz we still have 5more years here, and there’s a lot of time to mix with them..slowly..and i wish i could master their language! Insya allah..

 

first tarawih (old post)

Posted in diary at 11:30 am by bello

Salam korang! Kita bertemu lagi, haha.. tadi first time aku g tarawih kat masjid jamiah Yarmouk..hehe..bagi aku best..aku mmg ske g tarawih kat masjid..tp kan..aku rindu nak tarawih kat Malaysia, sebab antara 2rakaat tu kan de selawat2, baru la rase cam nak raya..sini takde, staright je teruskan solat..

masa kat Malaysia dulu, ayah selalu bawak kitorang adik-beradik pergi masjid, pastu dah habis tarawih mesti singgah mane2, beli makanan ringan or minuman sejuk..tapi kat sini, kene balik same2 ngan akhowat lain..ditemani murokkib (gini ke eja dia?) aka syabab melayu, diorang jage if anything bad happen kan..balik2 dah kul 10..tak dan nak p mana2..sbb sakan(hostel) nye peraturan kul 10 da takleh kuar..heh..takpe le~

td yang bestnye, aku duk sebelah orang arab..saje nak kembangkan lembayung ukhuwah (cewah, ayat poyo!)..name dia Israk (12tahun kot) ngan kakak dia Wafa(14 tahun)..diorang orang falestin..tp menetap kat urdun(Jordan la)..diorang sgt baik..still nk try cakap ngan aku walaupun aku asyik kate “ana mush arifah”-i don’t understand..haha..harap dalam beberapa tahun ni leh aaa speaking arab..gogo nabilah! Hehe..

ohho, and sempena bulan ramadhan ni, wishing you guys happy fasting! Ramadhan kareem! ^_^ semoga bulan ni kite semua lebih diberkati! Amin amin ya rabbal alamin~

September 6, 2008

journey to urdun..

Posted in photos at 1:16 pm by bello

malaysia airlines 😀

everything was done manually in india..

inside the Emirates..

outside view of the dubai airport..

inside view of dubai airport..

royal jordanian..

outside view of Queen Alia airport (jordan)

waiting..waiting..

welcome to jordan!

September 4, 2008

ramadhan kareem :)

Posted in photos at 1:12 pm by bello

marhaban ya ramadhan! banyakkan amalan di bulan yang berkat ini, moga kita semua termasuk dalam golongan yang tidak mempersiakan ramadhan yang penuh berkat ini 🙂 kullu ‘am wa antum bi khair!